*Allah s.w.t menguji dgn apa yg telah dikatakan hamba-Nya.. Adakah benar,tetap menjadikan Allah s.w.t cinta Agungmu dari segalanya? Walau Allah s.w.t telah mengambil ibu menemui-Nya.. dan pisahkan kasih seorang ayah.. Sedangkan kasih sayang dan Rahmat Allah s.w.t terhadap hamba-Nya amat luas dan melebihi dari kasih ibubapa pada anaknya...
*ya Allah, berilah rasa kehadiran-Mu di setiap hela nafasku buat menempuh ujian nafsu perasaan dukaku agar kuat menuju-MU.. Tiada siapa lagi tempatku untuk bergantung..hanya pada-Mu ku berserah.. Pimpinlahku sebagaimana orang-orang terdahulu yang berjaya meraih cinta-Mu..muhasabah~ kuatlah!
Ketahuilah.. Allah s.w.t amat mencintai hamba-Nya.. Bukanlah ujian itu sebagai untuk menjatuhkan hamba-Nya.. Namun rahsia-Nya yang amat belas kasihan dengan makhluk-Nya memang sukar untuk diertikan.. Bersyukurlah dan berterima kasihlah pada Dia selalu dengan terus tetap istiqamah di jalan-Nya... Innallahul 'aliimun 'azim.. Innallahul hakimul karim... dan katakanlah bahawa.. Innallahu ma'an.. Allah bersamamu di setiap masa dan perbuatan.. Kuatlah demi Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...