Thursday 20 June 2013

me and anak menakan




seindah hiasan adalah wanita soleha

salam jumaat semua..
semperna hari bagi penghulu hari ni...ley x nak bertaskirah kat sini????=) untuk aku berkongsi ilmu kepada pembaca2 blog aku yang aku sayang..tp entry aku kali nie..untuk wanita...tajuk pon da wanita solehah kn...=)
tp lelaki pon still bole baca ag...nnt bole turun kan kepada..adik,akak,calon isteri,isteri dan juga anak2 mereka...heheheheheh=)

lets we start...=)

siapakah wanita yang menjadi ahli syurga??apakah ciri dan sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga??Di dalam islam,tidak banyak syarat yang dikenakan oleh kaum wanita untuk menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh dengan kenikmatan yang maha esa.


Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t.
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



x susah kan nak jadi wanita solehah..=)kepada semua kaum hawa mari lah kita memenuhi syarat dengan melatih diri menjadi wanita solehah dan seterusnya menjadi penghuni syurga...amin..=)

dunia semakin berakhir

salam semua....

arini aku berfikir sejenak....benarkah dunia kini sedang di ambang pengakhiran???
law di lihat dan di fikirkan..mmg da terdapat tanda2 kecil dan juga besar yang berlaku sekarang nie...
 bencana alam,lelaki jadi perempaun dan sebaliknya...fitnah berleluasa dan di akui benar...dan banyak lagi law korang nk kaji benda nie semua...

dan2 aku pon terpikir???da cukup ker iman aku nk tempuh pengakhiran dunia nie???aku taw..aku insan yang tidak lari dari membuat kesalahan..sembahyang pon kadang cukup..kadang tidak..tp aku sedang berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan supaya aku bole menjadi insan yang solehah di mata nya...amin~~~

td aku ader lah singgah kt you tube..saje tgk video2 yang telah di uplod...and mata aku yang jahat nie terhenti kat satu video nie...link...law korang tgk mmg bole tebeliak la segala anak yang ader kt badan korang ni...
aku sebagai wanita pon gile jeles tgk diaorg nie...cun gile nak mati....tp diaorg x takut ker akan azab tuhan...nauzubillah...

secara jujur...aku mmg x suka dengan org yang mcm nie...knp nk tuka identity??knp nk tuka perwatakan???
adekah ini semua bole dikata kan kepuasan??bukan ker itu semua hasutan syaitan???

ya allah yan tuhan ku...semakin banyak tanda2 pengakhiran zaman ya allah...

maafkan aku

jika selama ini tingkah laku saya ada menguris  ANDA yang menjadi kawan saya..saya mohon maaf...
jika selama ini saya ada membuat salah sehingga ANDA benci pada saya saya mohon maaf
jika selama ini kata-kata saya membuat ANDA berasa kurang senang saya minta maaf
jika selama ini keberadaan saya dirasakan menganggu permandangan ANDA saya minta maaf
saya manusia biasa..tidak lari dari membuat salah..setiap yang telah di lemparkan kepada saya,saya berasa syukur kerana masih ade lagi insan yang sudi menegur kesalahan saya..saya hanya harap..semua orang merasa senang dengan saya..tp jika anda berasa tidak senang dengan saya..jangan menjadi rapat dengan saya..dengan itu,hati anda tidak sakit dan hati saya juga tidak sakit..setiap kekurangan yang ada pada saya..diharap jgn diguna pakai untuk keseronokan pada anda semua..setiap apa yang ada pada saya..semua nya milik yang maha esa..bukan milik saya..jgn di kutuk atau di hina setiap bentuk fizikal mahupun paras rupa...setiap manusia tidak sempurna..mungkin anda mempunyai paras rupa yang menawan..bentuk fizikal yang membuat org tertawan..tp tidak bermaksud anda boleh mempersendakan orang lain..