Thursday 20 June 2013

seindah hiasan adalah wanita soleha

salam jumaat semua..
semperna hari bagi penghulu hari ni...ley x nak bertaskirah kat sini????=) untuk aku berkongsi ilmu kepada pembaca2 blog aku yang aku sayang..tp entry aku kali nie..untuk wanita...tajuk pon da wanita solehah kn...=)
tp lelaki pon still bole baca ag...nnt bole turun kan kepada..adik,akak,calon isteri,isteri dan juga anak2 mereka...heheheheheh=)

lets we start...=)

siapakah wanita yang menjadi ahli syurga??apakah ciri dan sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga??Di dalam islam,tidak banyak syarat yang dikenakan oleh kaum wanita untuk menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh dengan kenikmatan yang maha esa.


Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t.
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga



x susah kan nak jadi wanita solehah..=)kepada semua kaum hawa mari lah kita memenuhi syarat dengan melatih diri menjadi wanita solehah dan seterusnya menjadi penghuni syurga...amin..=)

No comments:

Post a Comment